Quantcast
Channel: hotel – Faizal Fredley
Viewing all articles
Browse latest Browse all 32

Riccarton Capsule Hotel Kuala Lumpur, “Space” Ala Backpacker

$
0
0

Riccarton Capsule Hotel Kuala Lumpur

 

Riccarton Capsule Hotel Kuala Lumpur, “Space” Ala Backpacker. Minggu ni aku berpeluang untuk ber”weekend gateway” Tak jauh pun masih dalam KL iaitu di Titiwangsa. Apa yang lain kali ini adalah hotel yang aku stay ala-ala “space” atau angkasa lepas. Uniknya Riccarton Capsule Hotel Kuala Lumpur ini bercirikan jepun atau “Japanese Style”. Kalau korang pernah pergi jepun korang mesti tahu jenis hotel di sana.

 

Hotel ni khas untuk backpackers yang teringin konon-konon nak backpackers di KL. Atau korang yang datang jauh-jauh dan nak stay di hotel bajet tapi selesa disinilah tempatnya. Harga yang murah namun bilik yang cukup bersih dan selesa membuatkan Riccarton Capsule ini sangat recommended.

 

Ramai yang yang bertanyakan kalau datang kat KL nak stay di mana? Ok ini salah satu hotel yang bagi aku 5 star walaupun iainya bukan 5 star. Kenapa aku cakap macam tu kerana kualiti rehat dan tidur di hotel ni sangat high class. Daripada korang habiskan duit untuk stay di hotel mewah baik korang stay di sini jer. Bilik capsule yang moden ni pun dah boleh buat kita rasa tidur di hotel 5 bintang.

 

Syok woo tido dalam ni

 

LOKASI YANG STRATEGIK

 

Terletak berhampiran dengan tasik titiwangsa, Hotel ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan dan kelainan dalam penginapan yang biasa kita stay. Bertemakan minimalistic dari Jepun, hotel ini mempunyai basic thing yang kita perlukan dalam hidup sebenarnya. Memang cara jepun sangat kan. So tak perlu nak ada segala jenis transport atau barang-barang lain buat seketika. Semuanya disediakan disini. Hotel ni juga berkonsepkan moden space dan merupakan hotel yang pertama di Malaysia yang bercirikan angkasa lepas. Selain dari, keselesaan pelanggan hotel ini juga menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan privasi setiap penghuni. Dengan hanya menyediakan peralatan basic membuatkan harga hotel ini agak murah berbanding hotel-hotel lain sekitar Kuala Lumpur.

 

Lokasi hotel ini juga behampiran dengan

  • Hospital Kuala Lumput (HKL)
  • Institute Jantung Negara (IJN)
  • Tawakkal Specialist Hospital
  • KLCC

 

Lagi memudahkan pihak hotel juga ada menyediakan khidmad Shutter bus ke sekitar tempat menarik di Kuala Lumpur. So, tak pelu risau korang boleh naik shutter bus jer untuk ke mana-mana tempat.

 

Ruangan yang selesa

 

PERSEKITARAN YANG POSITIF DAN TENANG

 

Salt Lamp

 

Apa yang membuatkan aku cukup tertarik dengan Riccarton Capsule Hotel selain hotel capsule adalah persekitaran yang tenang membuatkan aku sendiri berasa sangat positif bila berada di sini. Di kaunter pendaftran juga disediakan salt lamp di atas meja bertujuan untuk memberikan perasaan dan aura yang positif disaat kita melangkah masuk ke ruangan “space” ini. Barulah rasa seakan-akan nak ke ruang angkasa lepas. Jadi, bila dah ada aura yang positif dan keadaan yang tenang inshaAllah tubuh badan akan auto generate satu tenaga dalaman yang hebat bagi membolehkan kita merehatkan minda.

 

Ditambah pula dengan layanan yang mesra oleh staf-staf hotel lagi membuatkan aku rasa cukup selesa untuk melangkan masuk kedalam.

 

Air Purifier & Mosquito Catcher

 

Air Purifier & Mosquito Catcher 

 

Disebabkan hotel ini berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, pihak hotel telah meletak Air Purifier & Mosquito Catcher  bertujuaan untuk menjadikan udara di sekitar hotel ini bersih. Ianya bertujuan untuk menghasilkan dan mengeluarkan ion-ion positif dan negatif yang ada di dalam udara alam semula jadi seterusnya mengelakan virus tersebar.

 

Selain itu, alat ini juga bertujuan memerangkap serangga terutama nyamuk dengan hanya 5 langkah. Maklumlah zaman sekrang ni virus bawaan nyamuk agak berleluasa sikit terutama nyamuk ades yang mebawa kepada denggi dan zika. So, alat ini membantu daripada nyamuk ini berkeliaran di sekitar hotel.

 

 

Cahaya UV dari alat ini membolehkan nyamuk ini tertarik kepada cahaya dan seterusnya memerangkap nyamuk kedalam pintu masuk seterusnya nyamuk ini akan melekat kepada sejenis gam yang di letakkan dalam ni. Ruangan pengudaraan yang baik juga membantu dalam misi menagkap nyamuk ini. Wah panjang aku rungkai tentang Air Purifier & Mosquito Catcher. Dah macam dalam Go Shop dah. ke nak aku demo sekali cara-cara alat ni berfungsi? haha cari sendiri jelah dalam youtube.

 

Dengan menggunakan mekanisme bukan toksik yang merbahaya kepada manusia dan peralatan hotel, ia selamat untuk digunakan bagi menangkap nyamuk lagi-lagi kalau ada anak kecil.  Dengan gam yang digunakan membuatkan lantai disekitarnya juga bersih dari habuk dan nyamuk. Yang penting alat ni membantu dalam mengekalkan bilik sentiasa bersih disebakan aliran udara yang baik. Zarah-zarah dari udara kotor juga boleh di elakkan.

 

 

HOTEL YANG UNIK

 

Ok berbaik kepada hotel. Hotel ini mempuyai beberapa rule buat customer untuk dipatuhi, maklumlah hotel ni jenis open. So demi menjaga keharmonian sesama customer kita perlukan ikut peraturan yang di tetapkan. Lepas ambil kunci, korang akan diberi satu beg. Dalam tu ada remote tv, selipar, dan tuala. Selipar yang di sediakan hendaklah di pakai segera dan kasut/selipar korang kena simpan di dlm loker dekat lobby hotel. Ini bagi mengelakkan debu dan kotoran dari masuk ke dalam capsule.

 

Seterusnya, kucnci yang diberikan untuk buka pintu dan loker di bahagian atas. So barang-barang peribadi kena simpan di dalam loker. Sebelum masuk kedalam casule korang kena mandi dulu ya. Ini kerana suhu di dalam capsule di setkan kepada suhu tubuh badan. Maknanya bila suhu badan korang panas, keadaan dalam tu akan jadi panas lah. So better korang mandi dulu. Bagi suhu badan kembali normal. Barulah selesa nak berehat dalam tu kan. Kata nak ke angkasa lepas. Kena lah ikut rule.

 

 

Selain itu, ada juga beberapa peratuan lain, Antaranya adalah.

 

  • Keep silence / senyap
  • Kena mandi sebelum masuk dalam capsule
  • No Food / Di larang makan dalam hotel
  • No Phone atau bagi mood senyap
  • Di larang membuang sampah merata rata
  • Di larang BOGEL!!! Part ni tak leh ikut style Jepun ya

 

View from the roof top

 

Kalau nak makan juga boleh ke roof top. Ada disediakan cafe tapi buat masa sekrang masih belum available lagi. Masih dalam proses menyiapkan cafe. Nanti dah siap mesti best lepak kat atas tu. view dia pun boleh tahan. Aku difahamkan hotel ni baru 2 bulan beroperasi so masih banyak lagi perlu di siapkan terutama bahagian cafe lah.

 

Ruangan Kerja

 

Kalau korang on business trip, ruangkan untuk buat kerja juga di sediakan. Boleh buat kerja di tempat disediakan. Iron board pun ada.

 

Untuk toilet pula, disini toilet jenis asrama atau B&B, Kalau kat UK pun toilet dia memang macam ni. Tapi jangan risau toilet lelaki dan perempuan di asingkan. So kat situ ada privasi sikit, Cuma kalau boleh asingkan floor lelaki dan perempuan. Kat malaysiakan better lah asingkan ikut floor. Namun itu hanya pandangan peribadi aku je. Dan dengar kata juga pihak hotel memang merancang untuk asingkan. Overall toilet sangat bersih dan puas hati lah. Aku kasi 5 bintang untuk kebersihan tandas. Salah satu sebabnya adalah Air Purifier & Mosquito Catcher.

 

Bilik mandi. Macam asrama sikit

Salt Lamp

Purifier

Cermin besar. boleh tahan nak selfie

Macam2 button ada. Tekan jer. Boleh contro lampu, Lock pintu, USB cable

Capsule Double. Muat untuk 2 org tidur

Bilik untuk single.

 

Ok itu je dari aku. (HIGHLY RECOMMENDED)

 

ROOM RATE

 

  • Deluxe Family Room  – RM335.00
  • Deluxe Suite Room – RM250.00
  • Deluxe Double Room – RM200.00
  • Standard Room – RM170.00
  • Capsule Double Room – RM140.00
  • Capsule Single – RM75.00

*All Rates are subject to change without prior notice

*Check In Time 3pm

*Check Out Time 12pm

*For late check-out, the room is available for use until 1pm and after 1pm will be charged half price for the room rate until 6pm

 

Overall rating review ikhlas dari FaizalFredley.com (Travel Blogger)

 

  • Sleep Quality 5/5
  • Rooms 5/5
  • Service 4.5/5
  • Value 4.5/5
  • Cleanliness 5/5

 

RICCARTON CAPSULE HOTEL

 

  • Wisma Q Titiwangsa, Persiaran Titiwangsa 1, Jalan Pahang, 53000 KL.
  • www.riccarton.com.my
  • Tempahan: +603-4031 5000

 

Terima kasih kepada Riccarton Capsule Hotel atas peluang yang berharga ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI

The post Riccarton Capsule Hotel Kuala Lumpur, “Space” Ala Backpacker appeared first on Faizal Fredley.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 32

Trending Articles